www.auramuslim.com

Diari Khalifah Di Bumi Bertuah..

Public Talk by Syeikh Yusuf Estes

Lectures by:

Sheikh Yusuf Estes ( Texas , USA )
[http://www.islamtomorrow.com/]

HISTORICAL JESUS AND HIS MESSAGE
Saturday, 15 November @ 8.15pm
———————————————–
OPENING BRIDGES WITH CHRISTIANS, MUSLIMS & JEWS:
Message of Cooperation
Sunday, 16 November @ 8.15pm
———————————————–
PRIESTS, PREACHERS AND MINISTERS ENTERING ISLAM:
Truth Revealed at Last!
Monday, 17 November @ 8.15pm
———————————————–

Venue: Caring Society Complex (Kompleks Masyarakat Penyayang), 
           Jalan Utama , 10460 Penang

- Berhampiran Hospital Pulau Pinang

-Bersebelahan dengan rumah gabenor
———————————————–

COMMON SENSE AND ISLAM – Can They Be Used In The Same Sentence?
Tuesday, 18 November @ 8.00pm
Venue: DK G31

          Universiti Sains Malaysia ,
           MINDEN Penang

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI!!

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Wasiat Dari Penjaga Makam Rasulullah : Jawapan & Komentar

Dunia Islam seringkali dihebohkan dengan ‘wasiat’ yang kononnya datang dari Sheikh Ahmad selaku Penjaga Makam Rasulullah SAW di Madinah. Kandungan ‘wasiat’ itu juga disandarkan pada Rasulullah SAW. Kandungan wasiat tersebut adalah seperti berikut…———— ——— ——— ———

SHEIKH AHMAD : “AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM ”
.
“Pada malam tatkala hamba membaca Al Quran di makam Rasulullah, dan hamba sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan Rasulullah SAW, dan beliau berkata, “Di dalam 60,000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorang pun yang mati beriman, kerana:
1. Seorang isteri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya.

2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.

3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak solat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.

Oleh sebab itu wahai Sheikh Ahmad engkau sabdakan kepada semua umat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT.”

Demikian pesanan Rasulullah kepada hamba, maka berdasarkan pesanan Rasulullah tersebut dan oleh kerananya hamba berpesan kepada segenap umat Islam di dunia:

a. Berselawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.
b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan solat 5 (lima) waktu.
c. Bersadaqah dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.

d. Berpuasalah di bulan ramadhan serta kalau mampu, tunaikan segera ibadah haji.

Perhatian: Bagi siapa saja yang membaca surat ini hendaklah menyalinnya untuk disampaikan kepada orang-orang lain yang beriman kepada hari penghabisan/ kiamat.

Hari kiamat akan segera tiba dan batu bintang akan terbit, Al-Quran akan hilang dan matahari akan dekat di atas kepala, saat itulah manusia akan panik. Itulah akibat dari kelakuan mereka yang selalu menuruti hawa nafsu dalam jiwa
PENJAGA MAKAM RASULULLAH S.A.W. SHEIKH AHMAD DI MADINAH.

———— ——— ——— ———

Beginilah ‘wasiat’ yang sering ditakuti oleh umat Islam. Takut sekiranya gagal untuk menyebarkannya, maka bala akan menanti, kerana inilah ‘janji-janji’ yang terletak di hujung wasiat ini. Disertakan sekali kisah-kisah ‘tauladan’ bagi orang yang menyebarkan ‘wasiat’ ini dan juga kisah-kisah ‘buruk’ yang menimpa mereka yang gagal ‘memenuhi arahan Sheikh Ahmad’. ‘Wasiat’ ini menimbulkan tanda tanya di kalangan umat Islam tentang kesahihannya.Ada pula yang membabi buta menyebarkannya tanpa ada rasa prihatin tentang kesannya terhadap ajaran Islam. Mungkin kerana tidak tahu, atau tidak mahu tahu. Kepada sesiapa yang tidak tahu, harap lepas ini berhenti untuk mengaku sebagai tidak tahu…Kandungan wasiat ini sebenarnya adalah BATHIL.

Surat wasiat ini ditulis oleh paderi² biara Blessings of satu Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 bagi tujuan untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose ada Villa, seorang paderi Khatolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father ada Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun (sila rujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 1978 dan Jabatan Agama Negeri).

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah saw. di Madinah Al-Munawarah antara tahun 1967 sehingga 1979, TIDAK ADA penjaga atau pemegang kunci makam Rasulullah saw. bernama Sheikh Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah Al-Munawarah ialah Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881 - meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932 - meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934 - bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al Quraisyi (1967 - meninggal dunia 1979).

Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah Al-Munawarah atau Hijjaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Ianya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah Al- Munawarah.

Penjelasan di atas akan dilengkapkan lagi dengan komentar dari ulama’ kontemporari, Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawy:———— ——— ——— ———

Ramai orang tertanya-tanya tentang wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini dikaitkan dgn seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makan Rasulullah SAW. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Ianya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat orang yang menyebarkan apa yang dikatakan sebagai wasiat ke negara-negara Islam.
Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas telah menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih daripada wasiat ini. Adakah ia benar atau dusta?. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah:

“Hari ini Aku sempurnakan bagimu agama kamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke atasmu nikmat-Ku serta Aku reda Islam sebagai agama kamu”

Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh Allah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu.
Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yang melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.

Manusia tidak pernah menerima perintah seperti ’sesiapa yang membaca Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah.’ Maka bagaimana pula dengan wasiat yang khurafat ini?. Perkara ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.

Wasiat tersebut menyatakan bahawa si fulan dari negeri tertentu yang menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu wang. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan orang-orang Islam dari jalan yang sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunnah alam dan konsep sebab dan musabab yang telah dijadikan Allah sebagai undang-undang alam ini.

Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada perkara-perkara khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat syafaat khusus daripada Rasulullah SAW. Sesungguhnya syafaat Rasulullah adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda di dalam sebuah hadith:

“Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang mengatakan ‘Tiada tuhan yang lain daripada Allah’ dengan penuh keikhlasan hatinya”———— ——— ——— ———Semoga kenyataan di atas dapat menyelesaikan kebuntuan tentang siapakah penulis asal wasiat terbabit serta asalnya.

Berdoalah kepada Allah SWT agar kita semua diberi petunjuk dan hidayah-Nya serta memberikan kefahaman yang benar tentang urusan agama, menunjukkan jalan yang lurus serta dijauhkan daripada mempercayai khurafat, rekaan-rekaan dan kebathilan. Jadi, selepas ini, kepada sesiapa yang berkaitan, hentikanlah menyebarkan perkara yang merupakan fitnah di dalam agama kita.Allahu Ta’ala a’lam…

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

MANIFESTO TUNTUTAN PRO MAHASISWA UM KEPADA SEMUA PARTI POLITIK SEMPENA PRU-12

Menyedari dan menginsafi bahawa mahasiswa merupakan jurubicara  masyarakat di samping merupakan pemimpin Negara pada masa akan datang, maka Pro Mahasiswa Universiti Malaya telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan suatu manifesto, tuntutan dan harapan kepada semua parti politik utama di Negara ini yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-12 yang akan berlangsung pada 8 Mac 2008.

Antara tujuan manifesto ini diwujudkan adalah untuk melahirkan harapan, permintaan dan pandangan yang kritikal daripada kami selaku aktivis gerakan mahasiswa kepada semua parti politik utama di Negara ini sama ada di posisi kerajaan atau pun pembangkang. 

Dalam pada itu, selaku pertubuhan yang bebas dan tidak terikat kepada mana-mana parti politik, manifesto ini juga dilihat amat sesuai untuk dijadikan cerminan kepada permintaan dan harapan rakyat pelbagai kaum di Negara ini yang sememangnya dahagakan pembangunan yang seimbang, kemajuan ekonomi yang lebih pesat, pembasmian kemiskinan yang lebih bersungguh-sungguh serta perpaduan kaum yang lebih erat. 

Selain itu, ianya juga merupakan salah satu agenda perjuangan untuk mempertahankan hak kebajikan mahasiswa khususnya di peringkat nasional dalam usaha meneruskan desakan untuk memansuhan caj perkhidmatan PTPTN sebanyak 3% yang dilihat membebankan sebahagian besar mahasiswa di Negara ini. 

Justeru amat diharapkan agar manifesto yang terdiri daripada lima elemen iaitu dari aspek politik, ekonomi, pendidikan, hak asasi dan sosial dapat dilihat dari perspektif yang positif tanpa ada sebarang keraguan dan prajudis terhadapnya. Semoga dengan adanya manifesto ini berkeupayaan menjadi pendorong kepada parti-parti politik yang bertanding untuk lebih berusaha membangunkan rakyat dan Negara ini khususnya selepas berjaya membentuk kerajaan kelak dalam usaha membentuk Bangsa Malaysia yang seimbang, maju dan sejahtera.

TUNTUTAN MAHASISWA DARI ASPEK POLITIK

1) Membariskan senarai calon dan barisan kabinet yang bersih daripada sebarang kes salah laku moral serta bebas daripada segala anasir buruk seperti rasuah, korupsi, kronisme dan nepotisme.

2) Memansuhkan semua sistem politik kepartian yang bersifat rasis, dan perkauman, sebaliknya menggalakkan pengaplikasian dan penubuhan parti politik yang bersifat multi racial dan terbuka keanggotaannya kepada semua kaum.

3) Menggagaskan penubuhan Akta Perpaduan Kaum bagi memastikan tiada isu-isu sensitif yang boleh membangkitkan api perkauman di Negara ini berlaku seperti mana yang terjadi dalam peristiwa 13 Mei 1969.

TUNTUTAN MAHASISWA DARI ASPEK EKONOMI

1) Menurunkan harga minyak pada kadar yang sesuai dan seimbang, di samping menjamin dan memastikan harganya berada pada kadar yang berpatutan sesuai dengan kemampuan rakyat pelbagai lapisan di Negara ini.

2) Membentuk suatu mekanisme dan pendekatan yang lebih efektif seperti Majlis Harga Negara (MHN) untuk membendung masalah inflasi dan kenaikan harga barang daripada terus berlaku membebankan rakyat.

3) Membentuk suatu formula yang seimbang atau equal formula dalam sektor ekonomi khususnya bagi menjamin sumber kekayaan Negara dapat diagihkan sama rata di samping memastikan tiada kaum yang terpinggir dalam arus pembangunan Negara.

TUNTUTAN MAHASISWA DARI ASPEK PENDIDIKAN

1) Memansuhkan caj perkhidmatan (kadar faedah) Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) yang dikenakan sebanyak 3% kepada peminjam di samping menyediakan inisiatif pendidikan percuma kepada semua rakyat khususnya bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

2) Memberikan kebebasan sepenuhnya atau academic freedom kepada ahli-ahli akademik di setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengkritik dan memberikan pandangan terhadap sesuatu dasar atau polisi Negara.

3) Mempertahankan bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) sebagai bahasa kebangsaan Negara di samping tidak menafikan hak dan kepentingan bahasa-bahasa ibunda kaum bukan melayu yang lain.

4) Mempertahankan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil supaya ianya tidak pupus dan lenyap pada masa akan datang.

TUNTUTAN MAHASISWA DARI ASPEK HAK ASASI RAKYAT

1) Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terutamanya seksyen 15 yang dilihat menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara sepetimana yang berlaku ke atas Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Putra Malaysia (PBTUPM) yang masih belum mendapat kelulusan untuk menubuhkan persatuan.

2) Memulihkan semula sistem demokrasi di Negara ini supaya tidak wujudnya sekatan dan kongkongan ke atas media dan rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan.

TUNTUTAN MAHASISWA DARI ASPEK SOSIAL

1) Menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Pemulihan dan Penambahbaikkan Polis (IPCMC) untuk memastikan semua anggota polis dan pasukan keselamatan bebas daripada salah laku dan korupsi.

2) Memperbaiki dan menambahbaikkan sistem perkhidmatan awam di Negara ini seperti kemudahan perkhidmatan di hospital, kemudahan api dan air di IPTA dan sebagainya supaya lebih efisyen dan sistematik.

3) Memupuk semangat perpaduan yang lebih erat di kalangan rakyat pelbagai kaum di Negara ini melalui pelbagai program dan rancangan yang dilaksanakan dalam usaha membentuk Bangsa Malaysia yang hidup bersatu padu, aman, dan harmoni.

Semua kandungan artikel ini dipetik dari www.mahasiswakini.com

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb

Auramuslim on the net!!

…Bermula hari ini di hening pagi yang ceria, BLOG AURAMUSLIM mendapat postnya yang pertama…

 …Sebenarnya blog ni sudah lama siap tetapi diatas kesibukan & komitmen yang terpaksa diberikan kepada urusan lain, maka boleh dikatakan ‘berehat sebentar’ sebelum saya benar-benar bersedia untuk membuat post yang pertama…

 …Alhamdulillah, AURAMUSLIM sudah pun dilancarkan dan ini bermakna bertambahlah satu lagi tanggungjawab dan komitmen di bahu ini supaya Blog AURAMUSLIM ini terus hidup dan sukses di arena Blogging ini…

…Akhir kalam, di harap kawan-kawan diluar sana sama-sama dapat menyokong blog AURAMUSLIM ini.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • YahooMyWeb